Perbezaan Market Value dan Agreed Value?


Market Value dan Agreed Value?

Tiba masa untuk renew takaful kereta, ejen kita pun mula lah hantar reminder pada Whatsapp.  Dihantar sekali quotation (sebutharga) polisi baru. Tiba-tiba ternampak perkataan Agreed Value.
Ataupun, tiba masa untuk renew, kita pun kelam kabut cari  ejen untuk tolong renewkan takaful untuk tahun yang akan datang. Ejen pula bertanya, nak insure mengikut agreed value (nilai dipersetui) atau market value (nilai pasaran)? Apa tu? Apa bezanya?

Hasil carian imej untuk agreed value vs market value

Perbezaan di antara market value dan agreed value

Market value/ nilai pasaran

Secara amnya, nilai pasaran atau market value adalah nilai kereta anda mengikut harga pasaran ketika pembaharuan takaful dibuat. Jadi jika anda menginsuranskan kereta anda pada harga pasaran, anda akan dibayar pampasan mengikut harga pasaran ketika berlakunya kemalangan atau kecurian.
Contohnya: Takaful kereta anda tamat pada bulan Disember 2017. Semasa pembaharuan takaful, harga pasaran kereta Honda City anda yang berusia dua tahun ketika itu adalah RM45,000.
10 bulan kemudian, kereta anda dicuri dan anda membuat tuntutan ke atas polisi anda. Kerana 10 bulan telah berlalu, nilai kereta anda telah pun susut. Kini nilai pasaran kereta anda bukan lagi RM45,000 tetapi RM42,500. Maka anda akan diberi pampasan sebanyak RM42,500 sahaja dan bukan RM45,000.

Agreed value/ nilai dipersetujui

Nilai dipersetujui adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga pengendali takaful terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Nilai ini ditentukan oleh faktor-faktor underwriting tertentu. Jika berlaku kecurian atau tuntutan total loss, pengendali takaful akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui ini.
Contohnya: Anda telah menginsuranskan kereta anda atas nilai dipersetujui sebanyak RM60,000. 10 bulan kemudian, anda kemalangan di mana kereta anda hancur dan tidak lagi boleh diperbaiki. Pampasan yang anda akan dapat daripada pengendali takaful anda ialah sebanyak RM60,000. Walaupun mungkin pada masa itu nilai pasaran kereta anda hanya RM53,000.

Risiko membeli takaful mengikut nilai pasaran

Nilai pasaran kenderaan sering mengikut panduan yang diberikan oleh MyCarInfo. Inilah jumlah yang diinsuranskan atau sum insured bagi kenderaan anda. Bahayanya membeli perlindungan takaful mengikut nilai pasaran adalah kemungkinan terkurang atau terlebih insurans (under-insurance atau over-insurance).
Jika berlakunya terkurang insurans, anda hanya akan diberi pampasan sebahagian daripada jumlah yang sepatutnya.  Jika terlebih insurans pula, anda hanya akan dibayar mengikut nilai pasaran ketika kecurian atau kemalangan berlaku, walaupun premium yang anda bayar adalah mengikut nilai diinsuranskan yang lebih tinggi.

Apa yang terbaik untuk anda sebagai pengguna?

Malangnya tiada jawapan yang tepat bagi soalan ini. Apa yang penting adalah pengguna perlu terlebih dahulu faham perbezaan di antara kedua-dua kaedah ini bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan.

Bilakah market value bersesuaian bagi anda?

Selalunya, jika anda mempunyai kenderaan yang bukan lagi dianggap baru, dan tiada ubah-suai dilakukan pada kereta. Bagi contoh seperti ini, ianya dicadangkan agar pengguna membeli takaful mengikut nilai pasaran. Jika berlaku kecurian, pampasan pada nilai pasaran mungkin masih boleh bagi pemegang polisi untuk mendapatkan kereta yang lebih kurang sama keadaannya dengan kereta miliknya yang dicuri.

Bilakah agreed value bersesuaian bagi anda?

Jika anda memiliki kereta yang baru dibeli, dan mungkin telah membelanjakan wang ringgit yang lumyan untuk mengubah suai kereta anda, ianya dicadangkan anda membeli polisi takaful mengikut nilai dipersetujui. Polisi mengikut nilai dipersetujui dapat memasukkan nilai tambahan yang tidak dipertimbangkan dalam kaedah polisi nilai pasaran.
Dengan cara ini, jika berlaku kecurian atau total loss, anda akan dapat pampasan yang setimpal dengan nilai kenderaan anda yang dicuri atau total loss. Dan ini membolehkan anda membeli kereta baru yang sama dan masih memilik wang lebihan untuk lakukan semula pengubah-suaian pada kereta baru itu.
Keputusan sama ada pengguna ingin mengikut kaedah polisi nilai pasaran atau nilai dipersetujui adalah keputusan peribadi pengguna. Jika anda memutuskan polisi mengikut nilai dipersetujui adalah lebih sesuai bagi anda, pastikan syarikat insurans atau pengendali takaful anda memberikan pilihan ini. Kerana mungkin bukan semua syarikat yang menawarkannya.

BAHAYA COVER UNDER ISURED

Alang-alang citer Agreed Value dan Market Value saya masukkan sekali KEBAHAYAAN cover under isured ni.
Ok bila nak renew agen akan bagi sum isured dan harga. Contoh macam ni sy bg quotation dekat customer




Jika bajet anda tak cukup.. so anda mintak turunkan sum covered.. Jadi harga insuran pun akan turun sikit.
Tapi korang perlu tahun. Bila turun sum covered jadi UNDER ISURED. Nanti claim insuran tak bayar penuh.
BACA REAL CASE UNDER ISURED DEKAT SINI

REAL CASE!! Akibat Amik Cover Rendah Insuran Kereta

Kali ni saya nak share REAL CASE pelanggan saya yang ambil cover rendah insuran kereta..
Korang tahu kan untuk cover insuran kereta ni berdasarkan
  • Market Value
  • Agreed Value

Market Value

Market Value ofkos la harga kereta menurut harga semasa..
Kalau nak tahu senang je.. Tengok je dalam mudah.. Katakan harga kereta saga flx standard 2013

Ada banyak model. Jadi kita anggarkan dalam 16,000 hingga 19,000

Agreed Value

Agreed Value ni harga yang ni tetapkan oleh syarikat insuran untuk jumlah cover kereta tersebut. Dalam sistem dah ada siap-siap.
Contoh macam ni


Jadi kalau korang beli insuran ikut AV, bila claim boleh dapat full claim. Tak perlu bayar pun kecuali ekses.
Tapi kalau korang amik ikut suka hati atau MV, bila claim memang tak dapat penoh.. Kena topup la.. (Dah la eksiden pastu nak topup kena bayar pulak..)
Ok ni real case..


Pelanggan ni nak ambil insuran murah sebab nak buat roadtax je. Jadi klu nak turunkan harga insuran kena turunkan sum isured atau cover kereta.
Jimat la beberapa ratus harga insuran..
Tapi malang tak berbau… Kereta ni eksiden dan claim nak buat repair.. Apa yang terjadi???
Sum isured : RM10,000
Pelanggan ni ambil cover RM10,000
Market Value : RM20,500
Tapi market value tinggi.. So die cover rendah..
Repairer’s : RM 8,140.22
Ni total kos repair kereta.
Our offer : RM2,546.06
Insuran hanya offer RM 2,546.06 sahaja sebab pelanggan ambil cover rendah dari sepatutnya.
So baki RM5,594.16 pelanggan kena bayar… 5 ribu lebih beb..
Disebabkan nak jimat ratus-ratus kena bayar ribu-ribu..
Jadi korang nak pilih yang mana?
Pilihan di tangan korang.. Saya cuba sampaikan sahaja… Jangan kata abang tak payung..huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan