Cara Dapatkan Roadtax Baharu Jika Hilang


Apa nak buat jika roadtax atau lesen kenderaan motor (LKM) hilang? Tak kisahlah apa sebabnya samada keciciran, dah rosak, hilang dicuri bersama dompet dan sebagainya, memang ada cara nak dapatkan kembali roadtax atau LKM yang baharu.
Cara Dapatkan Roadtax Baharu Jika Hilang


Tak susah pun sebenarnya. Apa yang diperlukan adalah dua benda iaitu salinan geran (jika ada), dan kad pengenalan. Jika tak ada geran pun tak mengapa, asalkan tahu nombor pendaftaran kenderaan anda tu - nombor plet.

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran, isi borang K (seperti gambar di bawah), ambil nombor giliran dan tunggu permohonan diproses.
Anda akan dikenakan bayaran denda kerana kehilangan roadtax ini. Bayaran untuk mendapatkan salinan baharu roadtax kenderaan anda adalah sebanyak RM20 (motorsikal) dan RM50 (kereta).

Proses nak mendapatkan salinan roadtax baharu tak ambil masa yang lama. Dah siap isi borang dan buat bayaran yang dikenakan, anda akan terima roadtax baharu menerusi urusan di kaunter JPJ.




Perhatian sekali lagi.

Jika hilang roadtax, sediakan perkara berikut:
  1. Kad pengenalan
  2. Salinan geran kenderaan atau beritahu nombor plet kenderaan
  3. Isi borang K
Jika anda bukan pemilik kenderaan? sediakan perkara berikut ...
  1. Sediakan salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
  2. Salinan geran kenderaan atau beritahu sahaja nombor plet kenderaan
  3. Salinan kad pengenalan anda sebagai wakil
  4. Isi borang K
Kecuaian boleh berlaku bila-bila masa terutama sekali mereka yang menggunakan motorsikal. Memang banyak kes di mana roadtax motor hilang .. al maklumlah, roadtax motor tu murah je, cuma bayar RM2 je setahun .. huhu...

Jaranglah saya dengar kes roadtax kereta hilang.... tak macam roadtax motor yang memang mudah nak hilang kalau tak simpan elok. 

Tak susah nak dapatkan balik roadtax baharu ni. Jadi, jangan panik atau gelabah. Hanya pergi ke cawangan JPJ berhampiran, dan minta bantuan pegawai yang bertugas. In Sha Allah, mereka akan bantu selesaikan macam apa yang saya tulis di atas tu.

1 ulasan: