Masalah Insurans


(1) Cermin pecah terkena batu?
---------------------------------------------


Bayangkan anda sedang memandu di sebatang jalan dan secara tiba-tiba ada batu melantun ke cermin kereta anda sehingga pecah akibat daripada brader potong rumput kat tepi jalan tu. Apa nak buat? Restart handphone 3 kali untuk teruskan baca.
Jangan panik. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan brader mesin rumput tu. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor brader yang membuat kerja mesin rumput itu.
Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.


Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.
Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.
Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.
Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.


(2) Proses Tukar Nama/Hakmilik Pemilik Meninggal Dunia

----------------------------------------------------------------------------------

1. Selesaikan dahulu pembahagian harta
Kenderaan pemilik yang telah meninggal dikira sebagai harta pusaka. Disebabkan itu pembahagian harta pusaka perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik boleh dibuat. Anda memerlukan salah satu dari dokumen berikut untuk memulakan proses pertukaran nama/hakmilik pemilik meninggal dunia:
- Surat Perintah Mahkamah
- Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
- Surat Akuan Amanahraya
- Surat Pentadbir Pusaka


2.Ujian Puspakom


Seterusnya, anda memerlukan geran asal untuk ujian kenderaan Puspakom. Boleh masuk ke website Puspakom untuk semak Puspakom terdekat. Telefon atau dating sendiri ke Puspakom untuk buat temujanji Ujian Tukar Hakmilik (B5) terlebih dahulu. Pada hari ujian, bawa kenderaan bersama dengan geran asal. Setelah selesai ujian, anda akan dapat surat keputusan pemeriksaan Puspakom. – lulus atau gagal. Jika lulus, boleh teruskan dengan proses tukar nama. Jika gagal, dapatkan kepastian apa yang menyebabkan gagal. Mungkin anda perlu hantar kenderaan ke bengkel untuk baiki dan ulang semula ujian Puspakom.
3. Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru
Sebelum ke JPJ untuk proses tukar nama, pastikan anda beli insurans kenderaan dahulu atas nama pemilik baru. Jangan lupa bagitahu ejen insurans kereta dalam proses tukar nama. Boleh juga ambik insurans dengan akak disini.
4. Proses Tukar Nama
Anda perlu lengkapkan borang berikut dan sediakan dokumen berkaitan:
- Dua salinan borang TM3 (Borang Senarai Semak)
- Dua salinan borang JPJK3A (Borang Pertukaran Milikan Kenderaan)
- Geran asal
- Surat lulus Pemeriksaan Tukar Hakmilik (B5) PUSPAKOM
- Salah satu dokumen berikut:
- Surat Perintah Mahkamah
- Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
- Surat Akuan Amanahraya
- Surat Pentadbir Pusaka

Anda dinasihatkan hadir sendiri di JPJ untuk urusan tukar nama. Jika menggunakan wakil, perlu isi borang tambahan serta maklumat pengesahan identiti.


5. Buat Roadtax
Setelah dapat geran baru, boleh terus bayar roadtax di kaunter JPJ. Selesai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan