Beza Insurans First Party Dan Third Party




Insuran 1st party membayar kos repair kereta anda sekiranya anda melanggar orang lain atau anda dilanggar orang lain. Bagi kes anda dilanggar orang lain, kebiasaannya anda boleh claim 3rd party kecuali kes langgar lari. Anda juga boleh claim sekiranya kemalangan terjadi atas sebab kecuaian sendiri contohnya kemalangan akibat tertidur atau masalah brek.
Insuran 3rd party hanya membayar kos repair orang yang anda langgar. Contohnya anda ambil insuran 3rd party. Kemudiaan anda kemalangan, anda melanggar kereta Fazura. Anda tidak boleh claim repair kereta anda. Tetapi Fazura boleh claim repair dan lepas Fazura claim, NCD anda akan jadi 0%.
Keboleh claim untuk kereta sendiri adalah beza Insuran 1st Party Dan 3rd Party yang paling utama.

Beza Insuran 1st Party Dan 3rd Party 

Beza Insuran 1st Party Dan 3rd Party yang seterusnya adalah kesediaan towing untuk kes kemalangan dan breakdown.
Insuran 1st party menyediakan towing & assist sekiranya kereta anda kemalangan / breakdown. Assist ini juga termasuk kes breakdown seperti bantuan bateri, tayar pecah dan kerosakan minor.
Insuran 3d party tidak menyediakan towing/assist. Sekiranya anda kemalangan atau kereta breakdown, anda perlu keluarkan kos sendiri untuk tujuaan towing. Namun, sesetengah insurer menyediakan towing untuk 3rd party dengan bayaran tertentu. Etiqa turut menyediakan towing untuk 3rd party dengan syarat pelanggan tersebut melanggan policy Driver Pasangger Accident

Beza Insuran 1st Party Dan 3rd Party 

Beza Insuran 1st Party Dan 3rd Party  yang terakhir adalah penambahan rider. Rider adalah perlindungan tambahan selain untuk kemalangan. Ada banyak rider untuk insuran 1st party seperti banjir/ rusuahan / audio / cermin dan pasangger liability. Kebanyakkan rider-rider ini hanya ada dalam insuran 1st party.
Insuran 3rd party mempunyai rider yang sangat terhad. Cermin dan banjir adalah rider yang confirm 3rd party tak ada. Sekiranya anda melanggan 3rd party, anda bertanggungjawab sepenuhnya atas kos repiar kereta anda termasuk cermin.
Pada hemat saya, amat rekemen anda ambil insuran first party. Lainlah sekiranya kereta anda telah berusia menghampiri @ lebih 20an.
Cuba semak insurans kereta atau motor anda sebenarnya terdapat 3 jenis perlindungan insurans yang ada dipasaran dan setiap jenis berbeza antara satu sama lain. Tiga jenis insuran tersebut ialah:
  1. Perlindungan komprehensif/first party insurance
  2. Perlindungan pihak ketiga, kebakaran & kecurian/third party, fire & thift
  3. Perlindungan pihak ketiga/third party insurance
Perlindungan Komprehensif/first party insurance
Untuk perlindungan komprehensif, ianya memberikan perlindungan yang menyeluruh seperti berikut:-
Kenderaan sendiri

Ianya melindungi kenderaan sendiri daripada kerosakan akibat kemalangan atau kecurian. Apabila kita membuat tuntutan kerosakan ke atas kenderaan sendiri maka kita akan kehilangan NCD.

Kenderaan pihak ke tiga

Ini bermaksud pihak ketiga akan membuat tututan ke atas pihak insuran/syarikat takaful kita sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh kesalahan kita. Apabila pihak ke tia membuat tuntutan ke atas polisi kita maka kita juga akan kehilangan NCD.

Harta benda pihak ketiga

Perlindunga komprehensif juga melindungi harta benda pihak ketiga akibat kesalahan kita. Misalnya kereta kita terbabas dan melanggar rumah orang, maka pihak tuan rumah boleh menuntut kerugian daripada syarikat insuran/takaful kita.

Perlindungan Pihak ketiga dan Kecurian – Third Party and Theft 

Jenis perlindungan yang ini pula ialah Perlindungan pihak ketiga, kecurian atau kebakaran . Ianya bermaksud hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga dan juga melindungi kenderaan sendiri akibat kecurian atau kebakaran. Kalau anda rasa dah tak suka kereta anda…nak dijual tapi harga market lagi murah dari balance hutang…”kita bako jaa…”
Perlindungan Pihak ketiga (Third Party)
Perlindungan pihak ketiga bermaksud polisi insuran/takaful kita hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga sahaja. Ini bermakna tiada perlindungan ke atas kenderaan sendiri.
Sekiranya kenderaan kita rosak akibat kemalangan atau kenderaan kita dicuri, maka kita tidak boleh membuat tuntutan ke atas pihak insuran/takaful.
Kesimpulan
Sekarang anda sudah tahu kenapa insurans Third party murah?
Insurans third party murah sebab dia tak cover tuan punya polisi. Itu sahaja. Jadi, kalau kereta hilang, berlaku kecurian barangan dan apa saja yang tidak melibatkan pihak ketiga, tak boleh buat sebarang tuntutan.
Insurans hanya cover kalau ada tuntutan oleh orang lain ke atas anda punya polisi sahaja. Contohnya, kalau anda langgar orang lain, orang lain ada hak untuk claim dari anda. Dia “Third party” dalam situasi tu.
Jelas kan?
Setelah kita memahami tentang jenis-jenis perlindungan kenderaan, maka kita mesti membuat pilihan jenis yang manakah yang paling sesuai dengan kenderaan kita.
Kami secara peribadinya menasihatkan supaya anda selalu mengambil jenis perlindungan yang komprehensif kerana ianya memberikan perlindungan yang menyeluruh.
Tambahan lagi sekiranya kenderaan anda masih mempunyai baki pembiayaan/finance, maka adalah menjadi SANGAT berisiko sekiranya anda mengambil jenis perlindungan Pihak Ketiga.
Jika berlaku kecurian atau kebakaran, maka pihak insurans/takaful anda tidak akan memberi sebarang gantirugi. Anda terpaksa menjelaskan pembiayaan kenderaan anda sendiri.
Tidak bayak beza dari segi harga antara 1st, 2nd dan 3rd party. Anda bezakan sendiri.
Selain itu, sekiranya anda tidak mengambil jenis perlindungan komprehensif maka sekiranya kenderaan anda rosak akibat kemalangan, maka anda terpaksa menangung sendiri kos pembaikan yang sememangnya agak mahal.
Jadilah pengguna bijak.
Anda nak renew insurance dan roadtax? Klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan