Cara Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru


Untuk pengetahuan anda NCD/NCB direkodkan oleh ISM mengikut No Kad Pengenalan & No kenderaan anda. NCD/NCB ini boleh dipindah milik jika seseorang itu mempunyai atau pernah mempunyai lebih dari satu kereta atau motorsikal. NCD/NCB kereta hanya boleh dipindah milik dari kereta ke kereta sahaja dan begitu juga dengan motorsikal hanya boleh dipindah milik ke motorsikal. Terdapat beberapa kaedah untuk anda pindah atau tarik NCD/NCB anda dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain.

  1. Ianya boleh dilakukan terus semasa anda memperbaharui / renew insurans salah satu dari kenderaan tersebut. Anda hanya perlu maklumkan kepada wakil insurans tempat anda renew/perbaharui cukai jalan tersebut syarikat insurans yang mewakili kedua2 kenderaan terebut. Atau
  2. Anda renew dahulu Insurans kenderaan anda seperti biasa & kemudian anda perlu pergi ke mana-mana Cawangan Syarikat Insurans yang anda perbaharui tersebut & maklumkan anda nk pindah NCD/NCB. Pastikan anda bawa cover note atau nota polisi untuk kedua-dua kenderaan terbabit.
NCD/NCB ini boleh dipindahmilik sama ada anda dah jual mahupun belum kenderaan yang satu lagi. Tetapi situasi yang paling mudah adalah jika NCD/NCB kenderaan anda yang dulu sudah tidak digunakan lagi pada mana-mana kereta/motorsikal. 

Jika kedua-dua kenderaan masih lagi di atas nama hakmilik anda, NCD/NCB ini masih boleh lagi dipindahmilik melalui 2 cara di atas. Pihak Syarikat Insurans akan mengira baki coverage mengikut bilangan hari yang tinggal serta peratusan NCD anda dan akan membuat pembayaran semula kepada anda. Cuma mungkin ianya mengambil masa sedikit dan mungkin akan selesai dalam tempoh sebulan. Lebihan bayaran sama ada akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun anda atau Pihak Syarikat Insurans akan menghantar Cek kepada anda.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta baru. Biasanya pemilik kenderaan memindahkan NCD disebabkan oleh membeli kereta baru ataupun telah membuat tuntutan (dimana nilai kenderaan yang telah dibuat tuntutan itu lebih tinggi dari nilai kenderaan yang mempunyai NCD).

Anda mempunyai 2 buah kereta, kereta lama (Wira) dan sudah mempunyai NCD penuh sebanyak 55%, untuk dipindahkan kepada kereta baru (Estima). Sekiranya NCD 55% di pindahkan ke kereta estima tersebut anda dapat menjimatkan wang dalam membayar insurans kereta anda.

Kebanyakkan pemilik kenderaan banyak pemilik kereta tidak berapa tahu tentang hal ini. Apa yang ingin saya terangkan di sini bahawa anda boleh pindahkan NCB kereta lama contohnya 55% NCB ke kereta baru anda. Di mana, dalam kes seperti ini anda boleh mendapatkan penjimatan dalam membuat insurans kereta baru. Ada sesetengahnya boleh jimat sehingga ribuan ringgit, namun ianya bergantung kepada nilai premium insurans kereta anda.

Perlu diingatkan disini, sebelum anda ingin membuatkan pemindahan pastikan semua kenderaaan itu adalah milik anda dan didaftarkan atas nama dan no Kad Pengenalan anda. Pemindahanan NCD tidak boleh dibuat kepada kenderaan bukan milik anda walaupun didaftarkan atas nama syarikat anda sendiri.

Sekiranya tiada tuntutan kadar NCD anda akan naik sehingga nilai maksimum.

NCD bagi kereta persendirian & syarikat.

Tempoh Tahun Pertama = NCB 25 %

Tempoh 3 tahun = NCB 30 %

Tempoh 4 tahun = NCB 38. 3 %

Tempoh 5 tahun = NCB 45 %

Tempoh > 6 tahun = NCB 55 %

Nilai NCD motorsikal,teksi, lori A & C Permit & ‘Special Veicle’.

Tempoh Tahun Pertama = NCB 15 %

Tempoh 3 tahun = NCB 20 %

Tempoh > 4 tahun = NCB 25. %

Langkah yang perlu anda buat!

Sediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan maklumat bank.

Pergi ke cawangan terdekat syarikat takaful/insurans ataupun ejen insurans yang melindungi kereta lama itu. Contoh Wira dilindungi oleh Allianz, urusan perlu dibuat dengan Allianz untuk memindahkan NCD tersebut. Anda perlu mengisi borang pemindahan NCD dan menandatangani borang tersebut. Biasanya anda perlu membayar gantian nilai NCD yang telah diambil berdasarkan berapa lama tempoh perlindungan insurans/takaful itu masih sah. Anda akan diberikan satu salinan surat setelah urusan selesai.

Sekiranya tempoh insurans kereta telah tamat tempoh. Anda tidak perlu lagi membuat urusan seperti di atas. Anda terus memperbaharui insurans kereta lama dengan NCD 0%. Simpan Salinan insurans/takaful yang sebelunya yang terdapat NCD 55%. Ini kerana semasa ingin memindahkan ke estima, no covernote insurans tersebut diperlukan.

Semasa memperbaharui insurans/takaful estima perlu memberikan documen yang diberikan oleh syarikat insurans semasa anda membuat urusan pemindahan NCD. Sekiranya telah insurans/takaful kereta lama telah tamat anda perlu memberikan covernote insurans kereta yang lama sahaja.

Saya harapkan artikal saya ini dapat membantu anda dalam membuat urusan memindahkan NCD.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan,jika saya telah membeli kereta baru dan agent telah siapkan insurans kereta baru dengan NCD 0%,boleh lagi ke saya nk transfer NCD kereta lama ni?rasa mcm pelik...logiknya masa start insurans kereta baru terus dia deduct NCD

    BalasPadam