FAQ CUKAI JALAN DAN INSURANS / TAKAFUL AM

FAQ CUKAI JALAN DAN INSURANS / TAKAFUL AM


Soalan-Soalan Lazim Berkenaan Insurans / Takaful Dan Roadtax

1. Bolehkah wakil kepada pemilik kenderaan renew roadtax tanpa geran?
Ya, boleh. Pihak ketiga atau wakil kepada pemilik kenderaan boleh datang memperbaharui insurans dan road tax kereta tanpa geran. Kemudian wakil tersebut dikehendaki mengisi dan menandatangani borang pengesahan penerimaan roadtax untuk diserahkan kepada pihak MYEG.
2. Apakah faktor2 yang di ambil kira dalam pengiraan intuk menentukan harga insurans kenderaan?
Setiap kenderaan harga insuransnya berbeza bergantung kepada faktor risiko, lokasi kenderaan, nilai perlindungan (harga pasaran semasa kenderaan), nilai perlindungan cermin (windscreen), keupayaan engine (C.C.), umur kenderaan, umur pemandu, pengalaman lesen memandu pemilik kenderaan tersebut dan berapa orang tambahan pemandu dibenarkan dan umur mereka.
3. Apakah NCB / NCD kenderaan itu?
NCB/NCD adalah singkatan daripada "Non Claim Bonus/Discount" iaitu diskaun yang diberikan oleh syarikat insurans ke atas pemilik kenderaan (kereta dan motosikal) yang tidak membuat tuntutan kemalangan.

Peratusan NCB/NCD untuk kereta:
Tahun Pertama - 0%
Tahun Kedua - 25%
Tahun Ketiga - 30%
Tahun Keempat - 38.33%
Tahun Kelima - 45%
Tahun Keenam dan seterusnya - 55% (maksima)

Peratusan NCB/NCD untuk motosikal:

Tahun pertama - 0%
Tahun kedua - 15%
Tahun ketiga dan seterusnya - 25% (maksima)

Contoh, jika seorang pemilik kereta telah memiliki sebuah kereta selama 4 tahun penuh dari tarikh permulaan insurans kereta tersebut dan tidak pernah membuat tuntutan kemalangan dalam tempoh 4 tahun tersebut maka NCB/NCD kereta tersebut untuk tahun berikutnya (Tahun Kelima) adalah 45%.
Sebaliknya jika dalam Tahun Keempat tersebut beliau ada membuat tuntutan kemalangan keatas kereta tersebut maka NCB kereta tersebut ketika pembaharuan untuk Tahun Kelima NCBnya menjadi 0% kembali.
4. Benarkah NCD kenderaan saya kembali ke 0% setelah membuat tuntutan kerosakan di sebabkan kemalangan?
Jika keputusan laporan dari pihak PDRM mendapati pihak anda tidak bersalah dalam kemalangan kenderaan tersebut, maka status NCB kenderaan tuan/puan tersebut tidak akan terjejas. Namun begitu, jika pihak anda didapati sebaliknya dari laporan pihak PDRM tersebut, maka status NCD kenderaan anda tersebut akan kembali ke 0%.
5. Saya nak jual kereta / motor saya. Bolehkah dapat refund?
Ya, boleh. Berhubung dengan agen anda atau langsung ke HQ syarikat insurans tersebut. HQ akan maklumkan berapa jumlah baki yang akan dipulangkan. Kebiasaannya urusan refund mengambil masa 3-4 minggu. Bagi roadtax pula, anda perlu berurusan di JPJ.
6. Kalau beli kereta baru? NCD boleh transfer?
Jika nilai kenderaan yang anda ingin beli lebih tinggi berbanding dengan kenderaan sedia ada, anda bolehlah pindahkan NCD kepada kenderaan yang ingin anda beli. Motor dengan motor, kereta dengan kereta.
7. Roadtax sudah lebih setahun tak renew...
Jika lebih setahun, kenderaan tersebut harus menjalani pemeriksaan di Puspakom atau JPJ bagi motosikal. Sebelum itu, pastikan anda membeli insurans dan mengambil permit perjalanan sementara di JPJ untuk tujuan membawa kenderaan itu ke destinasi pemeriksaan. Jangan lupa bawa geran / VOC asal.
8. Berapa lama boleh siap roadtax?
Kalau dengan kami, urusan cetak roadtax kereta cuma mengambil masa kurang 5 minit dan bagi motosikal / lori / kenderaan dagangan / kenderaan yang melalui inspection adalah separuh hari.
9. Pemilik telah meninggal dunia, macam mana saya nak renew roadtax dan insurans?
Untuk kes ini, insurans boleh diperbaharui seperti biasa (1 tahun) tetapi cukai jalan hanya dibenarkan diperbaharui setiap 6 bulan sekali di JPJ. Ia boleh dilakukan dalam masa 3 tahun pertama pemilik meninggal dunia. Seharusnya waris sudah menyelesaikan urusan tukar nama dalam tempoh tersebut. Bagaimana pun, jika masih belum tukar nama, kenderaan masih lagi boleh diperbaharui cukai jalan sehingga tahun ke 5 di mana pada tahun ke 5, waris perlulah berjumpa dengan Pengarah JPJ. Untuk pembelian insurans / takaful pula, ada sesetengah syarikat hanya membenarkan polisi diperbaharui sehingga tahun ke 3 sahaja.

 *Disclaimer : Informasi ini adalah berdasarkan pengalaman kami. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi JPJ dan agen takaful anda.

More details whatssap / pm :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan