No Claim Discount (NCD)



Saya merasakan topik ini perlu juga dibuka kerana ada sebahagian daripada kita yang tidak begitu faham berkenaan dengannya. NCD (No Claim Discount) bermaksud diskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. Sekiranya tahun yang berikutnya juga tiada tuntutan, maka NCD menjadi semakin besar. Kadar NCD menjadi seperti berikut: - 
  • Tahun pertama 0% 
  • Tahun ke-dua 25% 
  • Tahun ke-tiga 30% 
  • Tahun ke-empat 38.33% 
  • Tahun Ke-lima 45% 
  • Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima)
Misalanya, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan adalah kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan menjadi 25% dan seterusnya.
Nota: NCD di atas adalah untuk kenderaan persendirian. Untuk motosikal dan kenderaan perdagangan, kadar NCD pula seperti berikut:
  • Tahun pertama 0%
  • Tahun kedua 15%
  • Tahun ketiga dan seterusnya 25% (maksima)
Beberapa isu berkenaan dengan NCD:
1. Status NCD
Sekiranya anda mempunyai NCD sebanyak 55%, dan pada tahun tersebut anda telah menjual kereta anda dan tidak menggunakan NCD tersebut kepada mana-mana kereta anda yang lain. Soalan yang biasa ditanya ialah apa akan jadi dengan NCD kereta saya, jika saya tidak menggunakannya selama 1 th, 2th...seterusnya?
Jawapannya ialah NCD kereta anda itu akan berkurangan dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi kosong. Misalnya; jika anda tidak menggunakanya untuk setahun, maka NCD akan menjadi 45%, jika tidak menggunakan selama 2 tahun, ianya akan turun menjadi 38.33%...begitulah seterusnya sehingga tahun ke-lima dimana NCD menjadi 0%
2. Pindahan NCD
Pindahan syarikat insuran/takaful
Sebenarnya NCD kereta anda boleh dipindahkan daripada satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kurang. Misalnya, pada tahun ini anda mengambil insurans kereta dengan syarikat A dan NCD anda adalah 25%. Sekiranya pada tahun hadapan, anda telah bertukar syarikay insurans/takaful kepada syarikat B, maka NCD anda tadi boleh dipindahkan daripada syarikat A kepada syarikat B.
Pindahan ke kenderaan lain
Satu jenis pindahan lagi ialah pindahan daripada satu kereta kepada kereta yang lain tetapi syaratnya adalah bahawa pemilik kereta adalah sama. Misalnya anda mempunyai kereta kancil (NCD 55%). selepas itu, anda membeli sebuah lagi kereta BMW baru (NCD 0%).
Maka untuk menjimatkan kos insurans/takaful kereta BMW anda itu, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta kancil tadi kepada kereta BMW anda...banyak wang yang anda dapat jimatkan!
Adakah anda tidak pasti berapa NCD kenderaan anda? Sila click di sini untuk semakan> SEMAK NCD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan