Cara Mendapatkan Geran Kenderaan yang telah hilang


Assalamualaikum, kepada pembaca sekalian hari ini ingin saya kongsikan cara-cara untuk mendapatkan geran kenderaan yang telah hilang. Secara tiba-tiba geran ghaib dari simpanan dokumen. Masih misteri buat saya. Seterusnya, mungkin terdapat dari kalangan kalian yang mana geran kenderaan telah rosak, hilang mahupun seumpamanya. Tidak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan (Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan. Akan tetapi anda perlu faham bahawa ”bermula’1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memperkenalkan satu kaedah baru, Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) atau lebih dikenali sebagai geran kereta.” 

Apa yang perlu anda lakukan bagi mendapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) tersebut di JPJ adalah.
  • Pergi ke mana-mana cawangan JPJ yang berhampiran.
  • Isi borang JPJ K7 (Dapatkan di kaunter)
  • Jika anda pemilik kenderaan, hanya perlu bawa kad pengenalan anda. Jika anda bukan pemilik kenderaan (wakil), pastikan anda bawa salinan kad pengenalan pemilik kenderaan (ada borang untuk wakil kuasa yang perlu diisi terlebih dahulu.
  • Buat pembayaran untuk dapatkan geran ganti. Bayaran sebanyak RM20 untuk geran motorsikal & RM50 untuk geran kereta.
  • Ambil geran anda.
  • Selesai 

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat situasi dimana anda tidak dapat hadir. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) tersebut boleh diperolehi dimana anda perlu melantik seseorang sebagai wakil rasmi dan bersama-samanya perlu dilampirkan bukti bahawa anda menghantar wakil yang sah bagi mendapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) tersebut. Anda juga perlu menyatakan dokumen yang berkaitan atas alasan apa anda tidak dapat menghadirkan diri seperti dalam keadaan yang tidak mengizinkan, tidak sihat, berada diluar negara, dan sebagainya.

Diharap perkongsian ini bermanfaat buat pembaca sekalian.


Cara Dapatkan Roadtax Baharu Jika Hilang


Apa nak buat jika roadtax atau lesen kenderaan motor (LKM) hilang? Tak kisahlah apa sebabnya samada keciciran, dah rosak, hilang dicuri bersama dompet dan sebagainya, memang ada cara nak dapatkan kembali roadtax atau LKM yang baharu.
Cara Dapatkan Roadtax Baharu Jika Hilang


Tak susah pun sebenarnya. Apa yang diperlukan adalah dua benda iaitu salinan geran (jika ada), dan kad pengenalan. Jika tak ada geran pun tak mengapa, asalkan tahu nombor pendaftaran kenderaan anda tu - nombor plet.

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran, isi borang K (seperti gambar di bawah), ambil nombor giliran dan tunggu permohonan diproses.
Anda akan dikenakan bayaran denda kerana kehilangan roadtax ini. Bayaran untuk mendapatkan salinan baharu roadtax kenderaan anda adalah sebanyak RM20 (motorsikal) dan RM50 (kereta).

Proses nak mendapatkan salinan roadtax baharu tak ambil masa yang lama. Dah siap isi borang dan buat bayaran yang dikenakan, anda akan terima roadtax baharu menerusi urusan di kaunter JPJ.




Perhatian sekali lagi.

Jika hilang roadtax, sediakan perkara berikut:
  1. Kad pengenalan
  2. Salinan geran kenderaan atau beritahu nombor plet kenderaan
  3. Isi borang K
Jika anda bukan pemilik kenderaan? sediakan perkara berikut ...
  1. Sediakan salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
  2. Salinan geran kenderaan atau beritahu sahaja nombor plet kenderaan
  3. Salinan kad pengenalan anda sebagai wakil
  4. Isi borang K
Kecuaian boleh berlaku bila-bila masa terutama sekali mereka yang menggunakan motorsikal. Memang banyak kes di mana roadtax motor hilang .. al maklumlah, roadtax motor tu murah je, cuma bayar RM2 je setahun .. huhu...

Jaranglah saya dengar kes roadtax kereta hilang.... tak macam roadtax motor yang memang mudah nak hilang kalau tak simpan elok. 

Tak susah nak dapatkan balik roadtax baharu ni. Jadi, jangan panik atau gelabah. Hanya pergi ke cawangan JPJ berhampiran, dan minta bantuan pegawai yang bertugas. In Sha Allah, mereka akan bantu selesaikan macam apa yang saya tulis di atas tu.